Friday, October 29, 2010

Final web butik


















proposal final butik De Bootik


­­

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

NOR HAZMAH BT AHMED
  21785

GKG REKABENTUK LAMAN WEB

CIK SALMIAH BT ABDUL HAMID


Pendahuluan

Rekabentuk laman web ini adalah berkenaan dengan jurusan Seni Reka Tekstil dan Fesyen. Laman web ini direka adalah untuk mempromosikan produk fesyen tidak kira jantina. Antara produk fesyen itu adalah sama ada pakaian, fabrik, kasut, tudung, aksesori dan sebagainya.
Laman web ini bertemakan butik pakaian muslimah. Butik ini diberi nama De Bootik Collection. Butik De Bootik  Collection  menyediakan perkhidmatan menjual pakaian muslimah. Antara produk yang kami sediakan seperti baju kurung moden, gaun moden, gaun pujanbi, dan terbaru kaftan dalam pelbagai saiz, warna , dan motif.
Syarikat ini adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh pengusaha bumiputra sepenuhnya. Ia menjalankan perniagaan jualan langsung pakaian muslimah yang menggunakan kemudahan internet sebagai media utama dan pos laju untuk penhantaran produk yang ditempah oleh pelanggan.
Para pelanggan akan memilih produk yang disukai dan membuat pesanan sama ada melalui telefon, email, blog dan sebagainya. Saiz, warna dan rekaan adalah seperti yang ditunjukkan. Pelanggan perlu bijak menilai untuk mengelakkan masalah yang akan timbul apabila produk yang dipesan telah sampai
Cara pembayaran juga sangat mudah. Para pelanggan hanya perlu memasukkan sejumlah wang yang diperlukan mengikut harga produk dan yuran  perkhidmatan pos ke dalam akaun pemilik dan membuat pengesahan dengan pemilik syarikat De Bootik  Collection. Kebiasaannya produk yang dipesan akan megambil masa beberapa hari untuk sampai. Hal ini kerana pemilik akan melakukan urusan pemilihan produk mengikut tempahan dan penghantaran.